Tuesday 4 October 2011

Khasiat Air Masak Dan Waktu Yang Sesuai Untuk Meminumnya...

Assalamualaikum. Hai! :) Entry kali ni nak share serba sedikit tentang khasiat air masak. Selalunya ramai orang yang gemar minum air yang bergula dan berais. Kan? Jangan tipu.. I know that! :P Kalau sehari tak minum air yang berais memang tak sah kan. Macam tak boleh hidup je sebab panas nak nak pulak lepas jogging ke balik daripada kelas ke balik daripada office ke. Am I rite?hehe.. So, ekceli nak di pendekkan cerita minum air yang berais nih memang lah tak elok. Tak elok untuk kesihatan badan. Kesian badan kita. Air sejuk di teguk memang lah sedap je telan tapi hakikatnya dalaman tu tak berapa nak bagus lah kan.hihi.. Sebagai wanita ataupun lelaki baik muda atau pun tua, kita wajib menjaga diri kita. Sayangi badan kita. Salah satu cara yang mudah dan murah ni lah dia minum air masak atau air putih atau air mineral. :)






Badan kita memerlukan banyak air dalam seharian walaupun kita tidak melakukan aktiviti berat sekalipun, dari sistem perkumuhan juga air boleh hilang dari tubuh kita. Kita juga digalakkan meminum air sebanyak yang mungkin dalam seharian. Tahu tak berapa banyak air yang perlu kita minum? Haaaa kalau nak lebih elok minumlah 3 liter dalam sehari. Pandai-pandailah korang kan nak minum lebih daripada tu pun boleh. Lagi bagussssss... Dulu bila cuti sem empat bulan saya selalu minum air masak. Dalam 2 liter pun dah cukup dah. Macam 2 botol air mineral yang besar tu. Memang asyik ke toilet je lah saya. Tapi takpe berbaloi-baloi sebab? Ok, nih nak cite nih. Ce citer ce citer.hehehe :'D

1. Menguruskan badan



Memang sesuai sangat untuk kaum wanita yang tengah berdiet. Kalau kau tak makan nasi sebulan tapi kau makan fast food or whutever yang terang-terang tak bagus untuk kesihatan dah pulak kau pergi minum air bergula dalam sehari berpeket-peket kau habiskan dengan campuran ais berketul-ketul lagi kau hengat boleh kurus?heh. Enggak mungkin sama sekali dong. Enggak bisa. Kan dah loghat indon tibe-tibe.huhu.. Air masak tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Betol. Tak tipu punya orang. Bila kau minum air masak nih for sure perut korang akan maintain kurus je. Tak buncit pun.haha..
2. Meningkatkan kesuburan


Haaaa.. yang ini mesti ramai yang tak tahu kan?heheh. ( sengih nampak gigi senget :'D ) Ok, for ur information air masak ni jugak dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Eyh, bukan untuk orang yang bernama Adam and Hawa je tau. hehe.. :P Jadi pada si suami dan juga si isteri yang nak dapat anak yang ramai sila sila lah mencuba teknik ni ok. InsyaAllah berkesan. :P
3. Melancarkan sistem pencernaan

Sebenarnya minum air masak, air putih or air mineral ni dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Jadi korang yang ada masalah sembelit tu terutamanya memang sesuai sangat minum air masak banyak-banyak. Memang tak akan menyesal sebab saya telah pun mencubanya terlebih dahulu.hihi.. Kadang-kadang perut kita ni sensitif sangat dengan pemakanan yang kita makan dalam seharian. Setiap orang berbeza-beza sensitifnya. Makan sikit je dah membuang. Ada yang makan banyak tapi tak membuang-buang pun. Ntah bila lah kan nak membuang.huh. Payah jugak kalau ada masalah macam tu. Toxic dalam badan pun duk terperap je. Bahaya. Jadi untuk selesaikan masalah macam tu salah satu caranya ialah minum air masak banyak-banyak. Jadi proses pencernaan tu akan cepat dan korang akan cepat lah jugak membuang. Tak gitu? And yang paling penting sekali toxic-toxic dalam badan pun tak ada dalam badan dah. Easy rite? Bukan susah pun. Air masak jeeeee ;)

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser



Air masak bukan sahaja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan


Kalau kurang amik air masak menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Kadang-kadang kalau kita jarang minum air masak ni kan jerawat pun mula lah akan tumbuh. Betol tak? Makan yang berminyak sikit mulalah tumbuh jerawat sana sini. Kulit sangat sensitif pada sesetengah orang. Lain orang lain kulit dan lain juga sensitifnya. Betol dak? Ini semua sebab toxic dalam badan juga. Pemakanan kadang-kadang tak jaga dan kita tak sedar ianya boleh jadi negative effect. Jadi toxic dalam badan akan mangakibatkan jerawat ni tumbuh kat muka kita. Jadi salah satu cara untuk kurangkan jerawat atau tak nak bagi jerawat tumbuh langsung, minumlah air masak banyak-banyak. Cuma terpulang kepada kita je nak atau tak nak. InsyaAllah akan berhasil. :)

6. Tubuh lebih segar dan sihat



Khasiat air masak nih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tetapi juga sebagai zat yang sangat sangat diperlukan dalam tubuh kita. Kita mungkin dapat bertahan bila tak makan beberapa hari tapi tak mungkin dapat bertahan jika tak minum air. Sebab apa? sebab air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung



Air masak ni juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Malah sekarang ni juga banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air masak.

8. Ubat kepada penyakit strok



Air masak bukan hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, tetapi sangat lah efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air masak ni dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


















  Which one? fresh orange or air suam? For sure it is difficult to decide rite?hehe.. Think carefully and please make the best decision. :P

Ok, now waktu yang paling sesuai, yang baik untuk minum air masak nih ialah :::
1. Minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
2. Minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
3. Minum segelas air masak SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
4. Minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.
Oh itu jelah tips-tips yang aku nak share dengan korang... Kalau korang nak badan sihat, luar dan dalam, minumlah air masak banyak-banyak at least 2 L sehari. Aku pun akan amalkan minum air masak nih. InsyaAllah berkesan. :)





Thanks for reading this entry! ^_^